Thursday, August 25, 2011

Nasihat Malik Bin Dinar Kepada Hamba Wanita Sombong

Suatu ketika, Malik bin Dinar rah.a sedang berjalan di daerah Basrah. Ia melihat seorang hamba wanita dengan pakaian gemerlap berjalan dengan pembantunya dengan penuh angkuh dan gaya, berlagak bagaikan hamba wanita milik para raja. Melihat hal itu, Malik rah.a berteriak kepadanya, “Hai gadis kecil! Apakah tuanmu mau menjualmu?” Hamba wanita itu sangat terkejut atas pertanyaan Malik rah.a.

Monday, August 22, 2011

Hadith - Pahala Jumaat dan meninggalkan perkara yang melalaikan


Dari Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:

<blockquote>Barangsiapa berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk kemudian pergi untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian dan diam, akan diampunkan di antara Jumaat itu hingga Jumaat yang akan datang dan ditambahkan dengan tiga hari, dan barangsiapa mencarik-carik tikar atau batu kerikil (bermain-main ketika khutbah dibacakan), maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang sia-sia.</blockquote>

[Muslim 1988] [1]

______________
Nota:
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.207.

Sunday, August 14, 2011

Hadith - Jadilah kamu ahli ilmu

Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:
Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu.
[at-Tabarani 1/328] [1]

___________________
Nota;
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.308.

Saturday, August 13, 2011

Hadith - Dunia Terlaknat

Dari Abu Hurairah ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada di dalamnya (jauh daripada rahmat Allah SWT) kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya, (yakni amal-amal kebajikan) seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama.
[at-Tirmidhi 2322] [1]
_____________
Nota;
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.308