Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Hadith - Redha Allah

Seorang lelaki dari Madinah memberitahu bahawa Muawiyah ra. telah menulis surat kepada Aisyah rha.: "Utuskanlah surat kepadaku dan berilah kepadaku nasihat yang ringkas dan tidak terlalu panjang". Maka selepas menulis salam kesejahteraan, memuji-muji Allah SWT. dan berselawat keatas Nabi saw.; Aisyah rha. telah menulis: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
Sesiapa yang sentiasa mencari redha Allah SWT. tanpa memikirkan rasa tidak senang hati manusia, maka Allah SWT. akan mencukupinya dari mudharatnya rasa tidak senang orang ramai itu. Dan sesiapa yang tidak menghiraukan murka Allah SWT. dan terus-menerus menyukakan orang ramai, maka Allah SWT. akan menyerahkan diri orang itu kepada orang ramai.
Wassalamualaika. [Riwayat at-Tirmidzi: 2414] ___________________________________ Muntakhab Ahadith, ms.639-640.

Monday, August 22, 2011

Hadith - Pahala Jumaat dan meninggalkan perkara yang melalaikan


Dari Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:

<blockquote>Barangsiapa berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk kemudian pergi untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian dan diam, akan diampunkan di antara Jumaat itu hingga Jumaat yang akan datang dan ditambahkan dengan tiga hari, dan barangsiapa mencarik-carik tikar atau batu kerikil (bermain-main ketika khutbah dibacakan), maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang sia-sia.</blockquote>

[Muslim 1988] [1]

______________
Nota:
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.207.

Sunday, August 14, 2011

Hadith - Jadilah kamu ahli ilmu

Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:
Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu.
[at-Tabarani 1/328] [1]

___________________
Nota;
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.308.

Thursday, January 27, 2011

Hadith - Adab Tidur

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa telah menjadi satu amalan nabi s.a.w. apabila pergi ke tempat tidurnya beliau akan menadahkan kedua belah tapak tangannya dan membacakan surah (Ikhlas) Qul Huwallahuahad, (Al Falaq) Qula'udzu birabbil falaq dan (An nas) Qul a'udzubirabbin Naas sebanyak tiga kali, kemudian beliau akan menghembuskan pada tangannya dan menyapukan pada seluruh anggota badannya bermula dari kepalanya, mukanya, kemudian di anggota sebelah hadapannya. Beliau akan berbuat demikian sebanyak tiga kali.

[Abu Daud 5056]

Hadith - Kelebihan Solat Dhuha

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan."
[Ibnu Majah]

Wednesday, January 26, 2011

Hadith - Mengasihi isteri mukminah dan hak mereka

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bukanlah sifat seorang mukmin lelaki, membenci akan isterinya yang mukminah. Jikalau kerana satu-satu tabiat buruknya yang tidak disukai, namun ia masih tetap ada sifat-sifat yang lain yang terpuji."
[Muslim 3645]

Hadith - Habib dan Tabib, Kekasih dan Pengubat

Dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. berfirman
"Orang yang mengingatiKu adalah orangKu. Aku tidak akan menjauhkannya daripada rahmatKu. Sekiranya mereka sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa maka Aku menjadi habib (kekasih) mereka. Sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi tabib (pengubat) untuk mereka dengan membawa kesusahan dan keperitan kepada mereka untuk mensucikan mereka daripada dosa-dosa."
Sumber : Fadhilat Zikir, Bab 1, ms.79

Hadith - Importance of Da'awah

It has been reported by Abu Hurairah (Radihialllaho anho) that the Holy Prophet (Sallallaho alaihe wasallam) said,
"When my Followers will begin to adore the worldly benefits, their hearts will be deprived of the dignity and importance of Islam, and when they stop the enjoining good and forbidding evil, they will be deprived of the blessings of the Revelation, and when they will abuse each other, they will fall from the esteem of Allah."
[at-Tirmidhi]

Related hadith :

Tuesday, January 25, 2011

Perjalanan da'awah Rasulullah s.a.w. semasa di Makkah

Munib Azdi r.a. berkata bahawa; Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. pada zaman Jahiliyah bilamana Baginda bersabda: Wahai Manusia!, Katakanlah "La Ilaha illallah", Kamu akan berjaya. Aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah Baginda, ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki Baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari. Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu Baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan Baginda dan Baginda telah bersabda: "Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan".Aku telah bertanya: Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri Baginda. Zainab r.aha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik.

[at-Tobarani, Majma' uz Zawaaid]

Sunday, January 23, 2011

Hadith - Kerisauan akhirat atau runsingkan dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T. akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T. akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."
at-Targhib

Saturday, January 22, 2011

Hadith - Dunia dilaknat

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada di dalamnya (jauh dari rahmat Allah S.W.T.), kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya (amal-amal kebajikan), seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama."
[Hadith riwayat Tirmizi]

Hadith - Orang Yang Allah S.W.T. Benci

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat."
[Ibnu Hibban]

Hadith - Amalan yang berkekalan, bekalan yang diperlukan

Dari Utbah ibn A'bdi r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Walaupun seseorang itu sentiasa menghadapkan wajahnya kepada Allah S.W.T. (sujud) daripada hari dia dilahirkan sehinggalah hari kematiannya dalam meredhakan Allah S.W.T., walaupun amal yang sedemikian dia akan merasai kurang pada hari kiamat."
[Musnad Ahmad]

Hadith - Amalan buruk menyebabkan gempa bumi

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila harta ghanimah dianggap sebagai hartanya sendiri, dan amanah yang diberikan dianggap sebagai miliknya, yang sepatutnya disampaikan kepada yang berhak dipakai umpama haknya sendiri. Zakat dianggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya dikeluarkan dengan perasaan gembira tetapi dikeluarkan dengan dukacita. Ilmu dipelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia. Suami mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya. Kawan dirapatinya tetapi bapa dijauhinya. Masjid-masjid dijadikan tempat bising secara terbuka. Pemimpin masyarakat terdiri daripada orang fasik. Kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin. Orang akan dimuliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannya. Zahirnya penyanyi-penyanyi wanita dan muzik lebih digemari. Minuman-minuman arak menjadi kebiasaan. Ummat (generasi) yang kemudian mencaci dan memburuk-burukkan ummat yang terdahulu. (Ingatlah!) ketika itu akan berlaku angin merah, gempa bumi, bumi akan tenggelam, kecacatan pada wajah-wajah manusia akan berlaku, dan dari langit turunnya hujan batu. Dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpama manik-manik yang terputus benangnya jatuh satu-persatu dengan laju."
[at-Tirmidhi]

Hadith - Bersyukur dengan nikmat Allah dan bersabar dengan ujianNya

Dari Abdullah bin A'mr r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang berdoa kepada Allah S.W.T., Allah S.W.T. akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah S.W.T. tidak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar. Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadaan itu dia bersyukur kepada Allah S.W.T. (dengan kurniaan dan limpah Rahim Allah S.W.T.), Allah S.W.T. akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi dunianya yang kurang, maka Allah S.W.T. tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur."
[at-Tirmidhi]

Friday, January 21, 2011

Hadith - Layanan sama rata kepada anak-anak

Dari Ayyub bin Musa r.a. dari bapa dan dari datoknya meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada suatu hadiah yang lebih baik dari seorang bapa kecuali satu pengajaran dan tarbiah yang baik untuk anak-anaknya."
[at-Tirmidhi 1916]

Thursday, January 20, 2011

Hadith - Membantu Umat Islam

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah S.W.T. akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun."
[Hakim]

Wednesday, January 19, 2011

Menghormati Azan

Diriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Sunday, January 16, 2011

Hadith - Keutamaan mempunyai anak perempuan

Bismillahirrahmanirrahim... (Rujukan buku- 111 wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah,m/s 26

Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Saturday, January 15, 2011

Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim... rujukanbuku 'Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah', ms.80-81.

Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita-wanita yang bukan mahram, wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram.