Showing posts with label Ebit Lew. Show all posts
Showing posts with label Ebit Lew. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Kecintaan pada Nabi SAW

Hadrat Sa'di Rah seorang alim yang terkenal. Beliau sangat mencintai Nabi SAW. Satu malam beliau terlalu rindukan Nabi SAW. Beliau menyiapkan satu selawat dan doa untuk dibacakan depan maqam Nabi SAW. Sepanjang malam dia menyiapkan selawat dan doa itu. Dia tertidur sebelum menyudahkan syair itu.

Tuesday, October 2, 2012

Haji

Maksud Haji ialah untuk kembali pada ALLAH, mencintai Nabi SAW, dan menghidupkan ISLAM. Malangnya hari ini, maksud ini sudah dilupakan. Ketika hajjatul wida'. Nabi SAW telah berkhutbah pada semua sahabat. Selepas musim haji 114 ribu para sahabah telah bertebAran seluruh dunia untuk menghidupkan ISLAM. kE utara, selatan, timur dan barat.

Friday, September 28, 2012

Apa nilai iman dalam hati kita?

Zaman Umar RA ada seorang lelaki telah murtad. Umar RA telah hantar 2 orang untuk memujuk lelaki murtad itu. Kampungnya sangat jauh dari Madinah. Bila sampai ke sana pemuda itu memberi syaRAT. Dia akan masuk ISLAM kembali jika 2 hajatnya dipenuhi. 1) Ingin kahwin dengan anak perempuan Umar RA. 2) Dia nak jadi khalifah. Maka mereka setuju untuk syarat yang pertama. Tetapi syarat kedua mereka ingin balik dan tanya Umar. Mereka pulang untuk bertanya Umar. Maka jawab Umar RA kenapa kamu tidak setuju. Berik keduanya kepada dia. Yang penting dia kembali kepada ALLAH. Bila sahabat balik ke sana orang itu telah mati. Dia mati dalam keadaan itu. Lihat Umar faham nilai Iman dalam diri seseorang lebih besar dari anaknya dan kuasa. ALLAHUAKBAR. Fahamkanlah hati ini. Setiap orang Islam kena pujuk dan meyediakan semua orang ISLAM mengamalkan agama. Malangnya nilai iman dan islam telah keluar dari hati kita. Untuk itu jika ada mana-mana orang ingin masuk ISLAM. Terus ajar dia syahadah. Peluk mereka. beri tahu mereka,semua dosa diampunkan macam bayi baru lahir. Takut mereka mati dalam tanpa mengaku ALLAH tuhan. 1) Kita sendiri ajarkan kalimah kepada mereka 2) Minta mereka mandi untuk bersihkan diri mereka 3) Cerita keuntungan Islam 4) Cerita rukun Islam dan rukun iman. Langkah seterus kita bimbing asas Islam iman dan solat. Kemudian fardhu ain yang lain. Bantu mereka dan mudahkan untuk mereka. Ya ALLAH ampunkan dosa kami orang ISLAM yang cuai dari tugas dakwah ini. Kotornya hati dan diri ini- ebit lew